173 dikompaun ingkar SOP, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin

Astro Awani
Ogos 11, 2021 21:07 MYT
Hishammuddin berkata, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 19,730 anggota telah melaksanakan 79,061 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara. - Gambar fail
PADA Selasa, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 19,730 anggota telah melaksanakan 79,061 pemeriksaan dan snap check COVID-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di seluruh negara.
Berikut perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada Rabu;
1. Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD di lima lokaliti di Sabah bermula pada 13 sehingga 26 Ogos ini.
2. PKPD di 14 lokaliti di Sabah dan 3 di Kelantan yang sepatutnya tamat 12 Ogos, dilanjutkan bermula 13 sehingga 26 Ogos
3. PKPD akan ditamatkan di 23 lokaliti meliputi tiga negeri iaitu Kelantan, Sabah, Sarawak dan Pahang.
4. Seramai 173 individu dikompaun kerana ingkar SOP dan 17 lagi direman kerana kesalahan berkenaan.
5. Seramai 718 individu telah tiba di semua pintu masuk antarabangsa pada Sabtu dan dikuarantin di di 83 hotel dan 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.
#PKP #PKPP #PKPB #PKPD #PPN #Hishammuddin Hussein
;