17 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Malut, Langkawi

Bernama
Mac 16, 2022 00:52 MYT
Sebanyak 17 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Malut, Langkawi pada petang Rabu. - Foto JBPM Kedah/Sinar Harian
ALOR SETAR: Sebanyak 17 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Malut, Langkawi dekat sini petang Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.47 petang berhubung insiden itu.
"Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra serta Langkawi bersama jentera telah ke lokasi kejadian. Bomba menggunakan kaedah pemadaman secara tiga aliran dan enam pancutan dari tangki jentera.
"Kebakaran melibatkan dua rumah kelas A yang musnah di antara 50 hingga 80 peratus, sebuah rumah kelas B (95 peratus) dan 14 rumah kelas C yang musnah 95 peratus," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 7.47 malam dan api telah dapat dipadam sepenuhnya pada 10.47 malam.
"Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
#kebakaran #Kampung Bukit Malut #Langkawi #bomba
;