17 premis diarah tutup, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Astro Awani
Julai 12, 2021 20:56 MYT
Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh terhadap kilang-kilang dan premis-premis perniagaan susulan terlalu banyak pelanggaran arahan dan SOP yang telah diwartakan.
Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini:
1) Sebanyak 17 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
2) Semua outlet pusat perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi yang terletak di dalam pusat beli belah serta pasar raya besar dibenar untuk beroperasi bermula 14 Julai 2021.
3) Lapan lokaliti baharu yang diumum PKPD bermula 14 sehingga 27 Julai adalah Felda Lembah Klau, Mukim Gali, Raub; Kampung Kendaie dan Kampung Bukit Batu, Lundu, Kuching; kawasan Sekitar Kampung Patikang Ulu, Keningau; Kampung Madsiang, Apartment Beverly Hills Fasa 2 dan Kampung Kobusak di Penampang dan Felda Maokil, Muar,
4) Dua lokaliti yang dilanjutkan PKPD bermula 14 Julai sehingga 27 Julai 2021 pula adalah CLQ Gamuda Garden, Kundang Jaya, Rawang dan Flat Taman Benus Jaya, Bentong.
5) Sarawak memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara berkuatkuasa 14 Julai.
#ismail sabri yaakob #PKPD #SOP #kilang #Premis perniagaan #Pelan Pemulihan Negara #Sarawak
;