17 lagi kematian, ini 5 perkara penting kenyataan media KKM pada Isnin
Astro Awani
Mei 10, 2021 18:50 MYT
Mei 10, 2021 18:50 MYT
KUALA LUMPUR: Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan semua pengembara yang masuk ke Malaysia dari Singapura dan pengembara yang menggunakan kemudahan Skim Periodic Communicating Arrangement (PCA) perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang telah diwartakan oleh kerajaan bermula pada 13 Mei 2021.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pengembara dari Singapura juga tertakluk kepada SOP kemasukan pengembara dari negara-negara dengan penularan VOC SARS-CoV-2 dalam komuniti.
Berikut lima perkara penting kenyataan media KKM pada Isnin;
1) Sebanyak 3,807 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 444,484 kes.
2) Selangor mencatat angka tertinggi dengan 1,149 kes diikuti Sarawak (649) dan Kelantan (329).
3) Sebanyak 3,454 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 405,388 kes.
4) Negara mencatatkan tambahan 17 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,700.
5) 19 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan tujuh kluster tempat kerja, lima kluster keagamaan, lima kluster komuniti dan dua kluster pendidikan serta lain.
#SOP
#KKM
#pendidikan
#COVID-19
#Singapura
#kesihatan
#Majlis Keselamatan Negara
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Malaysia