17 kes positif COVID-19 dikesan, UniSZA tutup 14 hari

Nur Fazlizai Ali
Mei 18, 2021 15:30 MYT
Universiti berkenaan ditutup sehingga 30 Mei ini selaras dengan Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988. - Gambar fail
KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak, Kuala Nerus di tutup selama 14 hari susulan penularan COVID-19 dikawasan berkenaan.
Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, universiti berkenaan ditutup sehingga 30 Mei ini selaras dengan Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Katanya, setakat ini seramai 17 warga UniSZA terdiri daripada kakitangan dan seorang pelajar telah disahkan positif COVID-19.
SEMUA BERHUBUNG VAKSIN COVID-19 DI SINI
"Kita akan menjalankan kerja-kerja sanitasi di kawasan kampus berkenaan, katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, semua kakitangan dan pelajar UniSZA diminta agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ditetapkan bagi mencegah penularan wabak berkenaan.
Terdahulu, tular di media sosial satu surat makluman dikeluarkan UniSZA yang mengatakan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Nerus telah mengesan kewujudan kluster melibatkan pelajar UniSZA yang berada dalam kampus.
#COVID-19 #Universiti Sultan Zainal Abidin #UniSZA #pelajar #staf #Dr Nor Azimi Yunus #kesihatan #penyakit berjangkit
;