17 Julai tarikh pelancaran MRT Fasa 2 - PM Najib
Harits Asyraf Hasnan
Jun 8, 2017 12:28 MYT
Jun 8, 2017 12:28 MYT
Fasa 2 Transit Aliran Massa (MRT) membabitkan laluan Semantan-Kajang bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memutuskan tarikh tersebut berkata fasa kedua itu akan melengkapkan jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 51 kilometer.
"Melalui fasa 1 (Sungai Buloh-Semantan) dan fasa 2 MRT ini, kerajaan menjangkakan perkhidmatan ini akan dapat memberi manfaat kepada lebih 500,000 penumpang yang akan menggunakannya setiap hari," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Rancangan Pemajuan Nasional (RPN) di sini hari ini.