17 ditahan bantu siasatan kes gaduh di Stulang Laut
Sinar Harian
Mac 5, 2018 12:48 MYT
Mac 5, 2018 12:48 MYT
Seramai 17 individu termasuk warganegara Vietnam ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes gaduh di sebuah restoran di Stulang Laut, di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kesemua suspek yang berusia 20an hingga 50an itu berjaya ditahan di sekitar bandar raya ini dalam operasi yang berakhir kira-kira jam 4 pagi tadi.
"Hasil siasatan dilakukan serta gerakan mengesan berpasukan kamera litar tertutup di tempat kejadian membawa kepada penahanan sembilan lelaki dan lapan perempuan termasuk pelaku utama kes ini.
"Kita percaya kejadian gaduh itu tercetus apabila kumpulan tersebut yang dalam keadaan mabuk berang setelah makanan yang dipesan lambat sampai," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini sebentar tadi.
Semalam, video berdurasi 4 minit 26 saat memaparkan insiden pergaduhan di sebuah kedai makan di Stulang Laut tular di laman sosial Facebook dan turut dikongsi di WhatsApp.
#bergaduh
#Facebook
#Johor Bahru
#laman sosial
#polis
#Stulang Laut
#suspek
#Tular
#video
#Vietnam
#WhatsApp