16 geng Nicky didakwa pagi ini

Sinar Harian
April 9, 2021 09:06 MYT
Seramai 16 ahli Geng Nicky yang ditahan berhubung kes jenayah terancang antarabangsa merangkumi Macau Scam dan pengubahan wang haram didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. -Gambar fail
PETALING JAYA: Seramai 16 ahli Geng Nicky yang ditahan berhubung kes jenayah terancang antarabangsa merangkumi Macau Scam dan pengubahan wang haram akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Jumaat.
Mereka yang tiba di mahkamah pada jam 8 pagi dikawal ketat oleh pasukan polis.
Keadaan ini menyebabkan pekarangan kompleks mahkamah tidak seperti kebiasaan apabila kelihatan ramai anggota polis mengawal laluan keluar masuk mahkamah.
Difahamkan antara yang akan didakwa di mahkamah adalah dua adik kepada ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.
Mereka ditahan dalam Ops Pelican 3.0 di sekitar Lembah Klang dalam operasi selama lapan hari bermula 20 Mac lalu.
Berita asal: 16 geng Nicky akan didakwa pagi ini
#Geng Nicky #didakwa di mahkamah #Mahkamah Sesyen #kes jenayah terancang antarabangsa #Kompleks Mahkamah #Nicky Liow Soon Hee #Ops Pelican
;