Seramai 152 pelajar Malaysia di Yaman, kini dilaporkan selamat berada di Jeddah, Arab Saudi.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar kini sedang menguruskan perjalanan pulang pelajar terbabit ke Malaysia.
Semua pelajar terbabit dikeluarkan dari Yaman berikutan pergolakan di negara itu, katanya kepada Bernama selepas majlis merasmikan program "3rd Mathematics in Industrial Study Group Malaysia (MISG 2015)", di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, malam tadi.
Pada Ahad Bernama melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a dan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh serta Konsulat Jeneral di Jeddah memulakan fasa pertama usaha membawa pulang rakyat Malaysia di Yaman.
Seramai 108 rakyat Malaysia dari Sana'a dan 44 dari Hudaidah telah dipindahkan melalui jalan darat ke Arab Saudi.
Fasa kedua melibatkan usaha membawa pulang rakyat Malaysia di Aden dan wilayah Hadramaut.
Bernama
Mon Apr 06 2015
![152 pelajar Malaysia di Yaman kini selamat di Jeddah 152 pelajar Malaysia di Yaman kini selamat di Jeddah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/81404817714_295x200.jpg)
KAMALANATHAN: Seramai 108 rakyat Malaysia dari Sana'a dan 44 dari Hudaidah telah dipindahkan melalui jalan darat ke Arab Saudi. - Gambar Fail
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary