Seramai 151 pelatih Polis Bantuan yang mengikuti latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Ayer Hitam, Jempol dekat sini mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati rendang ayam di pusat itu, lewat petang semalam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Zailan Adnan berkata daripada jumlah itu 18 pelatih dimasukkan ke wad di Hospital Jempol manakala 133 orang mendapat rawatan di klinik pusat latihan itu.
"Mereka makan lewat petang semalam, bagaimana pun hanya mengalami tanda-tanda keracunan makanan seperti muntah-muntah dan cirit-birit awal pagi tadi sebelum mendapatkan rawatan di klinik pusat itu.
"Daripada 18 yang dimasukkan ke wad, kini hanya tinggal enam yang masih ditahan untuk rawatan lanjut, manakala yang lain sudah dibenarkan pulang," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Zailan berkata pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian itu sama ada ia benar-benar berpunca daripada rendang ayam yang dihidangkan atau pengendali makanan itu.
"Siasatan awal pihak kami mendapati ramai daripada pelatih terbabit mengadu muntah-muntah dan sakit perut selepas makan rendang ayam itu, bagaimana pun kami perlu melihat dari segala aspek untuk menentukan punca kejadian itu termasuk pengendali makanan," katanya.
Dr Zailan berkata pihaknya dimaklumkan bahawa makanan itu bukan disediakan oleh mana-mana operator makanan tetapi disediakan sendiri oleh pusat berkenaan yang mempunyai dapur yang agak bersih.
Katanya, jika rendang ayam itu menjadi punca keracunan ia mungkin disebabkan tempoh penyimpanan yang terlalu lama sehingga menyebabkan bakteria membiak sebelum makanan itu dihidangkan.
Justeru, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang mengendalikan makanan terutama untuk dihidangkan kepada orang ramai agar menjaga kebersihan dan memastikan makanan sentiasa baik sepanjang tempoh penyimpanan.
Bernama
Wed Oct 16 2013
Sabah FC bukan untuk dijual!
Presiden SAFA Datuk Shahelmey Yahya berkata SAFA tidak pernah bertemu dengan individu atau wakil mana-mana pihak yang mendakwa mendapat ‘tawaran’ penjualan saham Sabah FC seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
'Antivenom' obor-obor berasal dari Australia perlu dikaji kesesuaian
Felo Perubatan Ekstrim Dan Wilderness, Dr.Muhamad Naim Ab Razak berkata keberkesanan satu-satunya antivenom rawatan sengatan obor-obor yang ada ketika ini berasal dari Australia perlu dikaji terlebih dahulu.
Ia berikutan penemuan spesis antara yang paling berbisa di dunia iaitu obor-obor hub atau chironex yamaguchii di kawasan perairan negara ini.
Ia berikutan penemuan spesis antara yang paling berbisa di dunia iaitu obor-obor hub atau chironex yamaguchii di kawasan perairan negara ini.
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan sebaliknya akan dibincangkan secara bilateral dan 'hati ke hati'.
Kerajaan Sabah, Sarawak tidak dipinggir dalam rundingan berkaitan Laut China Selatan
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menolak andaian kerajaan persektuan tidak mendapatkan pandangan kerajaan Sabah dan Sarawak dalam rundingan berkaitan isu Laut China Selatan.
Bayi tujuh bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan di dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.
Fasiliti daif jejas pengisian pegawai perubatan
Lukanisman berkata cabaran besar yang berlaku di Sabah adalah penempatan atau pengisian jawatan pegawai perubatan tidak mencapai jumlah yang optimum berikutan masih terbeban dengan fasiliti yang daif.
KKM laksana pelbagai strategi rapatkan jurang nisbah doktor di Sabah
Keutamaan kepada pegawai perubatan anak kelahiran Sabah untuk berkhidmat di negeri itu, antara strategi dan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merapatkan jurang nisbah doktor khususnya di Sabah.
Enam isu rakyat diangkat ahli Parlimen Sipitang
Enam isu rakyat terutama masalah infrastruktur asas di kawasan Sipitang dibangkitkan Ahli Parlimen itu, Datuk Matbali Musah ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.