Kira-kira 15 buah rumah musnah dalam kebakaran di kampung Setinggan Batu Satu, Jalan Sungai Korok berhampiran Tanjung Bendahara, Alor Setar, malam tadi.

Kebakaran itu berlaku dalam suasana penghuninya masih meraikan Tahun bBaru Cina kerana majoriti mangsa yang terlibat terdiri daripada bangsa Tionghua dan India.

Menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Ahmad Shahabuddin, sekurang-kurangnya lapan buah rumah hangus terbakar, manakala selebihnya separuh musnah.

Katanya, beberapa buah rumah dipercayai tidak berpenghuni dan siasatan awal bomba mendapati kebakaran itu berpunca dari sebuah rumah kosong dan punca sebenar bagaimana kebakaran berlaku masih dalam siasatan.

Keadaan perkampungan yang sesak dan masing-masing rumah berdekatan di antara satu sama lain menyebabkan banyak bilangan rumah musnah kerana api marak dengan begitu pantas.

Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 10.17 malam, anggota serta jentera bomba tiba sepuluh minit kemudian dan dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 15 min it.

Beliau berkata, 17 jentera bomba bersama 120 anggota, termasuk bomba sukarela terbabit dalam misi memadam kebakaran itu.

“Kita masih membuat siasatan, bahagian tengah barisan rumah kosong, tidak ada penghuni kita tidak pasti sama ada penghuni balik kampung atau tidak, oleh itu punca dan kerugian masih dalam siasatan,” kata Shahabuddin.



Semua mangsa yang terlibat selamat dan tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian kebakaran itu.

Sementara itu, seorang mangsa S.Sarangan berkata, semua barangan di dalam rumah termasuk dokumen penting seperti sijil-sijil dan kad pengenalannya gagal di selamatkan.

Katanya, ketika kejadian dua orang kakaknya berada di dalam rumah dan beliau bergegas pulang dari kedai berhampiran apabila diberitahu mengenai kejadian kebakaran itu.



S.Sarangan berkata, “ Kakak saya ‘call’, saya datang menaiki motorsikal . Ahli bomba berkata bahawa saya tidak boleh masuk, saya tidak boleh buat apa-apa, kedua-dua kakak saya menangis.”


Sementara itu, seorang saksi K.Ramalingam berkata, ketika kejadian datuknya sedang asyik menonton televisyen dan tiba-tiba merasai bahang panas dan melihat api sedang menjilat rumah jiraannya.


K.Ramalingam pula berkata, “Saya dapat panggilan menyatakan bahawa belakang rumah saya terbakar, mula-mula kami tidak percaya. Tetapi apabila kami namapak api dating daripada kuil, kami percaya memang betul ada kebakaran. Apabila kami sampai api sudah merebak.”