15 pelajar di Pasir Gudang alami simptom muntah-muntah, sesak nafas
Astro Awani
Jun 20, 2019 17:30 MYT
Jun 20, 2019 17:30 MYT
Sekurang-kurangnya 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, di sini, mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Ibrahim Omar berkata pihaknya menerima panggilan jam 3.39 petang tadi (Khamis) berhubung pencemaran udara.
Katanya, dua unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya Pasukan Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, didapati benar berlaku pencemaran udara.
"Terdapat 15 orang pelajar didapati mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas.
"Pasukan EMRS BBP Pasir Gudang bertindak menghantar lima orang pelajar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya operasi menyahcemar masih dijalankan.
Sebelum itu, gambar murid pengsan terhidu gas di sekolah berkenaan tular di media sosial menerusi aplikasi WhatsApp.
#Bantuan Perkhidmatan Kecemasan
#EMRS
#Ibrahim Omar
#Sekolah Agama Taman Mawar
#sesak nafas
#simptom muntah-muntah