15 Ogos dalam lipatan sejarah: Mengapa tarikh ini penting?

Astro Awani
Ogos 15, 2017 22:46 MYT
Allahyarham Tunku Abdul Rahman telah membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. - Gambar fail / BERNAMA
HARI ini 15 Ogos, tarikh yang bersejarah dalam garis masa 60 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Berdasarkan maklumat oleh Arkib Negara, hari ini, 60 tahun lalu menjadi titik tolak yang mengorak langkah kepada pembentukan negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pulau Pinang dan Melaka untuk menjadi sebuah Persekutuan.
Allahyarham Tunku Abdul Rahman telah membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
RUU itu kemudiannya diluluskan sebulat suara oleh Majlis Mesyuarat Undangan Federal.
Dengan kelulusan itu, ia mengiktiraf taraf kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Ia sekali gus menjadi tanda yang signifikan di dalam lipatan sejarah baharu, perjalanan sebuah negara yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka bermula 31 Ogos 1957.
NOTA: Dengan hashtag #60jalanmerdeka, Astro Awani akan menerobos terowong masa ke 1957 dan merakam semula detik-detik kemerdekaan negara melalui twitter @60jalanmerdeka.
#kemerdekaan #Malaysia #Merdeka #Persekutuan Tanah Melayu #RUU #sejarah #Tanah Melayu
;