15 Mei tarikh lihat anak bulan Ramadan

Bernama
Mei 9, 2018 07:03 MYT
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 15 Mei di 29 lokasi. - Gambar fail
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia di Malaysia adalah pada 15 Mei, Selasa bersamaan 29 Syaaban 1439 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 15 Mei di 29 lokasi.
Ia merangkumi:
1. Pontian Kecil, Johor
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor
6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak
8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
11. Menara Alor Setar, Kedah
12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu
#Alor Setar #anak bulan #Kedah #Kuala Langat #Kuala Selangor #Kuala Terengganu #Langkawi #Malaysia #Negeri Sembilan #Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja #puasa #Ramadan