ALOR SETAR: Sekumpulan 15 individu, termasuk pelajar sekolah, ditahan ketika berhibur di sebuah inap desa di Jalan Suka Menanti, dekat sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, pihaknya bertindak selepas menerima laporan bunyi bising muzik yang dipasang kuat sehingga mengganggu ketenteraman penduduk berhampiran.
Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang dikerah ke lokasi berjaya menahan 11 lelaki dan empat perempuan dalam serbuan jam 3.30 pagi.
"Kesemua mereka berusia di antara 15 dan 22 tahun, dan kebanyakannya ialah remaja yang masih bersekolah.
Dalam serbuan itu, polis menjumpai satu paket plastik berisi empat biji pil berwarna ungu disyaki Ecstacy yang disembunyikan di bahagian dapur dalam premis tersebut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Daripada 15 tangkapan dibuat itu, lima daripada mereka didapati positif setelah ujian air kencing dilakukan dan mereka disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya kerana positif methamphetamine.
Selain itu, menurut Ahmad Shukri, kesemua mereka turut dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) iaitu gagal menjaga penjarakan fizikal ketika berada dalam inap desa berkenaan.
Kompaun dikenakan mengikut Peraturan 16 Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 1988.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Aug 30 2021
Sekumpulan 15 individu, termasuk pelajar sekolah, ditahan ketika leka berhibur di sebuah inap desa di Jalan Suka Menanti. -Astro AWANI
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Parti liar: Kerajaan Terengganu panggil pemilik resort
Pemilik sebuah resort persendirian akan dipanggil esok berhubung penularan beberapa keping gambar dan poster memaparkan penganjuran sebuah parti liar.
Parti liar: 11 warga asing termasuk 7 wanita berpesta dadah diberkas
Keasyikan sekumpulan warga asing berpesta dadah di sebuah kondominium di Bukit Tengah, Bukit Mertajam terbantut selepas premis berkenaan diserbu polis.
28 lelaki, wanita ditahan sertai parti liar di Genting Highlands
Seramai 28 lelaki dan wanita yang berada di bawah pengaruh dadah ditahan dalam parti liar di sebuah banglo di Genting Highlands, di sini, semalam.
Penganjur, pengunjung parti liar kolam renang dikompaun RM1.56 juta
Semua individu yang diperiksa didapati gagal mematuhi tetapan SOP MKN iaitu berkumpul di suatu tempat hingga menyukarkan penjarakan fizikal.
303 individu ditahan dalam parti liar kolam renang
Mereka yang ditahan terdiri daripada 161 lelaki dan 55 wanita warga asing serta 31 lelaki dan 56 wanita tempatan.
26 individu ditahan berpesta liar di kondominium mewah
Polis turut merampas pelbagai peralatan sistem audio yang diubah suai seperti digunakan pusat hiburan dan kesemua suspek kini ditahan reman.
Tiga pelajar antara 18 ditahan terlibat parti liar di Melaka
Ketika serbuan, kesemua individu berkenaan sedang leka dan khayal selain polis menemukan pembesar suara dipercayai untuk berparti.
Anjur parti liar, 13 remaja dikompaun RM4,000
Seramai 13 remaja dikompaun RM4,000 setiap dari mereka selepas ditahan menganjurkan parti liar di sebuah inap desa di Taman Permaipura awal pagi Selasa.
Parti liar: 2 anggota polis antara 14 ditahan di kondomium mewah
Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel Sokongan antara 14 individu ditahan polis dipercayai menyertai parti liar di sebuah kondominium mewah di Changkat Raja Chulan.
Dua penjawat awam antara 9 ditahan sertai parti liar di kondominium
Dua penjawat awam antara sembilan yang ditahan ditahan polis dalam serbuan ke atas sebuah parti liar yang diadakan di sebuah kondominium di sini pada awal pagi tadi.