15 individu sertai sukan bersentuhan antara 77 ditahan polis - Ismail Sabri

Harits Asyraf Hasnan
Julai 4, 2020 14:06 MYT
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penahanan itu adalah hasil 69,023 pemeriksaan pemantauan oleh Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Foto Fail/BERNAMA
Sejumlah 77 individu ditahan polis pada Jumaat atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penahanan itu adalah hasil 69,023 pemeriksaan pemantauan oleh Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Daripada jumlah ini, 13 individu telah direman manakala 64 lagi telah dikompaun.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti sukan sentuh (15 individu), aktiviti pub atau kelab malam (12 individu) dan aktiviti yang melanggar SOP (50 individu)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, menerusi Operasi Benteng pula, Ismail Sabri berkata polis berjaya menahan 9 warganegara asing kerana kesalahan imigresen.
"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus," katanya.
#Imigresen #ingkar PKPP #ismail sabri yaakob #PDRM #perintah kawalan pergerakan #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKPP #Polis Diraja Malaysia #SOP #tahan reman
;