147 warga China dari Wuhan, Hubei disekat masuk ke Malaysia
Harits Asyraf Hasnan
Februari 4, 2020 12:08 MYT
Februari 4, 2020 12:08 MYT
Seramai 147 warganegara China dari bandar Wuhan dan Wilayah Hubei disekat masuk ke negara ini sejak 27 Januari lalu hingga semalam.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosialnya memaklumkan, antara Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) yang paling ramai ditolak masuk adalah di Pelabuhan Klang, Selangor dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor.
BACA: Koronavirus: Kerajaan gantung sementara kemasukan rakyat China dari Wuhan, Hubei dan kelilingnya
Bagaimanapun, statistik tersebut tidak menyatakan jumlah mereka yang ditolak masuk dari PMA di Sarawak.
Berikut adalah statistik Laporan Noris Penolakan Masuk (NPM) Warganegara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei.
#koronavirus
#Muhyiddin Yassin
#pelancong
#sekatan masuk Malaysia
#warga china
#Warga Hubei
#warga Wuhan