14 lagi kematian COVID-19 dilaporkan: Ini lima tumpuan sidang media KKM hari ini
Astro Awani
Januari 19, 2021 20:03 MYT
Januari 19, 2021 20:03 MYT
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 14 lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini dengan kes baharu COVID-19 masih pada empat angka.
Ini lima tumpuan sidang media mengenai COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:
1) Malaysia mencatatkan sebanyak 3,631 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia hari ini
2) Daripada jumlah itu, sebanyak 3,624 kes penularan tempatan dan 7 kes import
3) Sebanyak 39,464 kes aktif kini sedang mendapatkan rawatan
4) 14 kematian direkodkan dan 2,944 kes telah sembuh
5) 9 lagi kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini