Banjir kilat berlaku ekoran limpahan Sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 1.18 pagi dan anggota tiba ke lokasi jam 1.56 pagi.
Menurutnya, anggota yang tiba di lokasi mendapati keadaan banjir telah surut sepenuhnya dan tiada operasi pemindahan berlaku.
"Kesemua mangsa selamat dan kerja-kerja membersihkan sisa-sisa banjir telah dilakukan penduduk sejurus air surut," katanya.
Zulfadli berkata, pihak bomba melakukan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan keadaan selamat dan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan. - Sinar Harian