14,396 pengguna di Malaysia guna '123456' sebagai kata laluan

Amanz
November 14, 2024 13:50 MYT
Malaysia termasuk dalam senarai di mana terdapat 14,396 orang menggunakan kata laluan 123456 dan 5,368 yang menggunakan "qwerty123". -Amanz
MENCIPTA kata laluan untuk akaun-akaun media sosial atau apa-apa perkhidmatan atas talian sekarang agak sukar.

Ringkasan AI
  • Untuk keselamatan terbaik, kata laluan harus menggabungkan huruf kecil, huruf besar, nombor, dan simbol, serta mempunyai banyak aksara.
  • Ramai pengguna masih menggunakan kata laluan yang mudah seperti "123456", "123456789", dan "password", yang sangat tidak selamat.
  • Jika tidak ingin menggunakan perkhidmatan berbayar seperti NordPass, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan penyimpanan kata laluan yang ditawarkan oleh Google atau Apple.

Ini kerana untuk sekuriti yang terbaik pengguna harus menggabungkan huruf kecil, huruf besar, nombor, simbol dan perlu mempunyai banyak aksara.
Walaupun begitu, masih ada yang tidak hiraukan kepentingan sekuriti peribadi apabila menggunakan kata laluan yang mudah.
NordPass iaitu perkhidmatan menyimpan kata laluan di bawah syarikat sama dengan NordVPN berkongsi yang terdapat 3,018,050 orang menggunakan 123456 sebagai kata laluan.
Kemudian terdapat 1,625,135 orang menggunakan "123456789" dan menghampiri 700,000 orang menggunakan "password".
Data ini adalah untuk pengguna dari 44 negara dan dikumpul dari sumber yang terbuka kepada awam dan juga dalam dark web tanpa melibatkan data peribadi atau pembelian data.
Malaysia termasuk dalam senarai di mana terdapat 14,396 orang menggunakan kata laluan 123456 dan 5,368 yang menggunakan "qwerty123".
Tidak kira untuk mencipta akaun sementara atau kekal, jika sesuatu platform meminta maklumat peribadi untuk pendaftaran anda WAJIB menggunakan kata laluan yang selamat dan sukar untuk diteka.
Turut jangan lupa untuk hafal kata laluan atau simpan kata laluan di tempat selamat seperti aplikasi nota yang boleh dikuncikan.
Menggunakan kata laluan yang rumit memang leceh, tetapi demi keselamatan diri dan data peribadi apa salahnya leceh sekejap.
Alternatif jika anda tidak ingin menggunakan perkhidmatan menyimpan kata laluan berbayar, anda turut boleh menggunakan yang sedia ditawarkan oleh Google atau Apple. -Amanz
#Malaysia
;