KUALA LUMPUR: Sebanyak 136 kes melibatkan pegawai imigresen telah disiasat dan didapati melakukan kesalahan jenayah dan salah laku melibatkan proses kemasukan warga asing ke Malaysia, sejak 2020 hingga tahun lepas.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata daripada jumlah itu 112 kes membabitkan kakitangan yang melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993), manakala 24 lagi adalah kesalahan jenayah yang diputuskan mahkamah.
"KDN sangat serius serta bertegas dalam soal integriti dan tidak kompromi dalam soal salah laku kakitangan JIM," katanya di Dewan Negara hari ini bagi menjawab soalan Senator Hussin Ismail yang mahu tahu bilangan kes disiasat berhubung kewujudan unsur jenayah rasuah serta salah laku dalam kalangan pegawai imigresen melibatkan proses kemasukan warga asing.
Hussin juga mahu penjelasan tentang usaha kerajaan dalam mengatasi isu pelancong yang tidak keluar dari Malaysia setelah tamat visa pelancong.
Shamsul Anuar berkata dari 2020 dan hingga 6 Jun lepas, Jabatan Imigresen telah menangkap seramai 13,242 warga asing yang melakukan kesalahan tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Katanya jumlah itu merangkumi 4,292 warga asing pada tahun 2020, 2,704 (2021), 4,267 (2022) dan 1,979 bagi tempoh Januari hingga 6 Jun tahun ini.
Beliau berkata JIM tidak pernah berkompromi dalam aspek keselamatan melibatkan kemasukan dan keberadaan warga asing di dalam negara dengan melaksanakan beberapa strategi antaranya mengenakan syarat keperluan visa ke atas warganegara asing tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
![136 kes pegawai imigresen terlibat jenayah, salah laku 136 kes pegawai imigresen terlibat jenayah, salah laku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687330709_TBNASARAH.jpg)
Shamsul Anuar berkata, 112 kes membabitkan kakitangan yang melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993), manakala 24 lagi adalah kesalahan jenayah yang diputuskan mahkamah. - Gambar/ Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716620356_sindiketpelacuran.jpg)
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
![Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715268370_TBJIMJohor.jpg)
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
![Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714643018_TBKLIA.jpg)
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
![Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703304741_TBJIMwargaasing.jpg)
Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.
![Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688222550_TBLOGOIMIGRESENMSIA.jpg)
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.
![Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701749445_TBpassportterbang.jpg)
Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.
![Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701406332_RuslinJusoh.jpg)
Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.
![Suami isteri Rohingya dicekup dalang sindiket palsu surat UNHCR Suami isteri Rohingya dicekup dalang sindiket palsu surat UNHCR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695373767_JabatanImigresen.jpg)
Suami isteri Rohingya dicekup dalang sindiket palsu surat UNHCR
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar sindiket pemalsuan surat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Simpang Empat, di sini semalam.
!['Sebagai orang kenamaan, King Sing seharusnya lebih menghormati undang-undang negara' - KPISM 'Sebagai orang kenamaan, King Sing seharusnya lebih menghormati undang-undang negara' - KPISM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688209647_TiongKingSing.jpg)
'Sebagai orang kenamaan, King Sing seharusnya lebih menghormati undang-undang negara' - KPISM
KPISM kesal dengan tuduhan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung anggota imigresen yang terlibat rasuah.
!['Penyebaran video sengaja untuk tutup kesalahan, aktiviti rasuah di KLIA' - King Sing 'Penyebaran video sengaja untuk tutup kesalahan, aktiviti rasuah di KLIA' - King Sing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688196112_TiongKingSing.jpg)
'Penyebaran video sengaja untuk tutup kesalahan, aktiviti rasuah di KLIA' - King Sing
King Sing akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dalang penyebaran video berkenaan.