130 'frontliners' termasuk pengamal media terima vaksin di KK Kota Samarahan hari ini
Nuzuluddin Abdul Razak
Februari 26, 2021 11:15 MYT
Februari 26, 2021 11:15 MYT
KOTA SAMARAHAN: Klinik Kesihatan (KK) Kota Samarahan antara empat KK yang akan melakukan proses vaskinasi melibatkan 130 petugas barisan hadapan hari ini.
Penolong Pegawai Perubatan KK Kota Samarahan, Othman Buang berkata proses vaksinasi akan dilaksanakan dalam dua sesi iaitu pagi-petang melibatkan beberapa agensi.
“Kita akan laksanakan dua sesi pagi dan petang, dan kita akan sambung semula proses vaksinasi mengikut kapasiti vaksin yang ada pada sabtu dijangka melibatkan 720 petugas barisan hadapan.
“Antara Klinik Kesihatan yang terlibat di Kota Samarahan ialah KK Asajaya, KK Sadongj aya, dan KK Simunjan,” katanya ringkas kepada Astro AWANI.
Dalam perkembangan sama, seramai 13 orang daripada 150 pengamal media yang berdaftar akan menerima vaksin hari ini masing-masing sembilan di Kuching, tiga di Sibu, dan seorang di Miri.
Antara agensi lain yang terlibat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sementara itu, di KK Petra Jaya, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg antara barisan pemimpin yang akan menerima suntikan vaksin pada pukul 3 petang ini.
#vaksin COVID-19
#vaksin di Kota Samarahan
#Klinik Kesihatan Kota Samarahan
#Othman Buang
#COVID-19
#pengamal media