13 terminologi gempa bumi yang perlu kita tahu
Mariah Ahmad
Jun 7, 2015 13:26 MYT
Jun 7, 2015 13:26 MYT
Menurut pakar geologi, Prof. Felix Tongkul, gegaran kuat seperti yang berlaku pada kelmarin akan terus berlaku, apabila tenaga yang tersimpan sudah melebihi kemampuan bumi untuk menyimpannya. Keadaan ini biasanya berlaku secara berkala.
Berikutan dengan gegaran kuat ini juga akan mengakibatkan gempa susulan, yang boleh berlaku selama dua hingga tiga minggu kerana kerak bumi sedang mengalami pengubahsuaian.
Setakat 11.00 pagi pada Ahad, sebanyak 44 gempa susulan yang telah berlaku sejak kejadian gempa bumi berukuran 6.0 magnitud di Ranau, Sabah pada 5 Jun.
Berikut adalah 13 terminologi gempa yang perlu kita tahu :
Gempa Bumi
Gegaran bumi hasil pelepasan tenaga yang sangat cepat. Ia biasanya berlaku sepanjang sesar (retakan memanjang) dalam bumi sewaktu pembalikan elastik.
Tremor
yang .
Depth (Kedalaman)
Kedalaman gempa bumi yang diukur dari permukaan bumi dalam unit kilometer.
Satu titik di permukaan bumi yang diukur secara menegak di atas hypocenter (titik punca gempa bumi).
Satu titik di dalam kerak bumi yang mana adalah titik mula patahan gempa bumi terjadi.
Satu siri gempa bumi bersaiz kecil yang kerap terjadi sebelum berlakunya gempa bumi besar di satu lokasi yang sama atau yang berhampiran.
Aftershocks
Satu siri gempa bumi bersaiz kecil atau sederhana yang terjadi susulan berlakunya gempa bumi besar di satu lokasi yang sama atau yang berhampiran. Ia berlaku semasa kerak bumi mengalami pengubahsuaian.
yang gempa bumi yang berlaku. Magnitud ini diukur berdasarkan kepada amplitud maksimum gelombang seismik yang direkodkan oleh seismogram.
Intensity
Suatu nombor dalam huruf roman yang menunjukkan kekuatan gempa bumi yang berlaku dan memberi kesan di permukaan bumi, manusia dan juga struktur bangunan.
Gelombang tenaga yang dilepaskan selepas berlaku gempa bumi.
P (Primer)
Gelombang mampatan seismik yang paling laju dan bergerak kedepan dan kebelakang, seperti "spring" kereta. Gelombang ini yang membuat kita merasa terayun dan pening bila gempa sampai di lokasi kita.
Gelombang ricih S (Sekunder)
Gelombang mampatan seismik yang bergerak turun dan naik.
Gelombang mampatan seismik yang bergerak dari kiri dan kanan.