13 rumah di Kampung Baru Cina Benta musnah dalam kebakaran

Noraniza Kamsani
Oktober 30, 2019 08:55 MYT
Tiga jentera bomba, dua van EMRS serta sebuah jentera tangki air dengan kekuatan 20 anggota dari BBP Kuala Lipis dan Raub terlibat dalam operasi memadam kebakaran. Foto ihsan JBPM
Sebanyak 13 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Cina, Benta, di sini, awal pagi tadi
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad bagaimanapun berkata, kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kematian.
"Kebakaran dipercayai berlaku sekitar 1.05 pagi dan bomba berjaya mengawal api kira-kira sejam 30 minit kemudian.
"Anggota bomba dibantu dengan tiga jentera bomba, dua van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) serta sebuah jentera tangki air," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, operasi memadam kebakaran melibatkan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis dan BBP Raub, serta tambahan anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kuala Gali di Dong, Raub.
Setakat ini, kata Nor Hisham, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
#air #API #Benta #bomba #JBPM #Kampung Baru Cina #kebakaran #Kuala Lipis #Nor Hisham Mohammad #operasi #Pahang
;