13 Mei: Bagaimana kita harus mengingati titik hitam dalam sejarah Malaysia?
Teoh El Sen
Mei 14, 2014 12:33 MYT
Mei 14, 2014 12:33 MYT
Pada tahun 1969, tepat 45 tahun yang lalu, darah dari pelbagai kaum tumpah di jalan-jalan raya di beberapa bandar. Kaum Cina dan Melayu bertempur dalam rusuhan yang mengakibatkan pembunuhan sekurang-kurangnya 196 orang, jika tidak lebih.
Pada ulang tahun kejadian berkenaan, sekali lagi kita bertanya: Bagaimanakah kita harus mengingati 'titik hitam dalam sejarah Malaysia' ini?
Sesetengah pihak menggunakannya sebagai alat untuk menakut-nakutkan dan kebencian tetapi ada yang ingin memupuk perpaduan dan perdamaian darinya. Beberapa pihak mahu mengimbau semula peristiwa itu dan menegaskan kepentingannya di dalam buku-buku teks manakala ada yang mahu menyembunyikannya atau melupakannya sepenuhnya.
Astro AWANI bercakap dengan pakar ekonomi, bekas ahli polis, seorang ahli akademik merangkap aktivis dan ahli politik. Semua bersetuju dengan satu perkara: kita mesti belajar dari masa lalu demi masa depan.
'Takut 13 Mei berulang'
"Tiada apa-apa yang menghalang ia daripada berlaku lagi," kata Tan Sri Ramon Navaratnam, yang kini mengetuai Jawatankuasa Pembangunan Inklusif di Majlis Konsultasi Perpaduan Negara ( NUCC ).
Melainkan pemimpin negara "mengambil tindakan", keadaan di negara ini mungkin, pada pendapat beliau, sekali lagi ke dalam lingkaran kekacauan, yang mungkin berasaskan kelas dan bukan berasaskan kaum.
Bekas pegawai kerajaan itu berkata, pertamanya, kejadian itu perlu diiktiraf sebagai fakta sejarah dan tidak disembunyikan, dengan penyelidikan untuk "mengetahui lebih lanjut tentang kebenaran dan mengapa dan bagaimana ia berlaku."
Baginya, punca 13 Mei adalah "ketidakseimbangan dan ketidakadilan yang dilihat di antara kaum sedia ada."
Hari ini di Malaysia, kata Ramon, keadaan telah menjadi lebih teruk, dan ia bukan sekadar antara kaum tetapi sesama sesebuah kaum itu sendiri.
"Di antara orang Melayu terdapat jurang pendapatan yang berbeza. Orang Melayu bertanya: apa yang saya dapat? Di manakah wang itu pergi? Adakah itu betul atau adil? Adakah itu berlandaskan agama?
Adakah sesuatu polisi yang dibuat berlandas Islam? Adakah ia nasionalisme Melayu yang benar? Atau ia digunakan untuk mengeksploitasi rakyat jelata? Kaum India dan Cina juga berkata perkara yang sama juga."