13 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti

Astro Awani
Mac 15, 2021 10:20 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 13 lagi kluster baharu melibatkan 12 kluster tempat kerja dan satu kluster keagamaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 13 lagi kluster baharu melibatkan 12 kluster tempat kerja dan satu kluster keagamaan.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti berikut:
1. KLUSTER PERUSAHAAN AMARI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor.
Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan Amari, Kawasan Industri Batu Caves, Gombak.
Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 24 individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER SUNGAI PULOH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-316555) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sungai Puloh, Klang.
Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 103 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN MEGA LIMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang tinggal di Jalan Mega 1/5, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Gelang Patah, Johor Bahru.
Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER BATU TIGA LAMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor.
Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang tinggal di Batu Tiga, Kampung Baru Subang, Shah Alam.
Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 221 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER JALAN DELIMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-321611) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang tinggal di Jalan Delima 12, Taman Cahaya Masai, Johor Bahru.
Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER BATU 19
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-318626) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Batu 19, Jalan Air Hitam, Kulai.
Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif COVID-19
dalam kluster ini.
7. KLUSTER JALAN TANJUNG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-322256) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Tanjung, Bintulu.
Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER INDUSTRI GUNUNG MAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tampin dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan.
Dua kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-320447 dan kes ke-321826) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Mac 2021 dan 13 Mac 2021 hasil saringan individuindividu bergejala.
Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Industri Kecil Gunung Mas, Taman
Gunung Mas, Tampin.
Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana 32 kes dikesan positif COVID-19
dalam kluster ini.
9. KLUSTER JALAN LAPAN BELAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan 12/118B, Desa Tun Razak, Cheras.
Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana tujuh kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
10. KLUSTER CHENDERING HEIGHT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Marang dan Kuala Nerus di Terengganu.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-323758) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2021 hasil
saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Taman Chendering Height, Kuala Terengganu.
Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
11. KLUSTER JALAN SEKERAT
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kuala Muda dan Kulim di Kedah.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-313381) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan
individu bergejala.
Kluster ini melibatkan individu-individu yang menghadiri sebuah mesyuarat yang berlangsung di Jalan Sekerat, Sungai Petani serta kontak rapat mereka.
Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
12. KLUSTER TAPAK BINA MEHA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulim di Kedah.
Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Padang Meha, Padang Serai, Kulim.
Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 78 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
13. KLUSTER KAMPUNG AIR BATANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Rompin di Pahang.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-320891) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan sebuah pusat penginapan yang terletak di Kampung Air Batang, Pulau Tioman, Rompin.
Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
BACA: COVID-19: 1,208 kes baharu, 1,973 sembuh dan 3 kematian
#Kementerian Kesihatan #Malaysia #COVID-19 #KKM #kes positif #Kluster baharu #Kluster tempat kerja #kluster keagamaan #Dr Noor Hisham Abdullah