13 kluster aktif di Malaysia. Ini lima tumpuan utama sidang media KP Kesihatan

Fareez Azman
September 1, 2020 18:42 MYT
Dr Noor Hisham memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan media pada Selasa. Gambar fail
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi Kluster Benteng Lahad Datu di Sabah melibatkan pendatang tanpa izin (PATI) menjadikan 13 kluster aktif di negara ini.
Ini lima tumpuan utama sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa.
1) Sebanyak 14 kes positif COVID-19 baharu dan satu kematian dilaporkan pada Selasa.
2) Kluster baharu dikenali Kluster Benteng Lahad Datu dikesan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu melibatkan tujuh kes setakat ini.
3) Sebanyak 21 kes telah pulih dengan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 9,075 kes bersamaan 97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
4) Kluster Tawar dan Kluster Telaga di negeri Kedah dan Pulau Pinang masing-masing catat pertambahan satu kes positif COVID-19.
5) Nilai Rt atau R naught (R0) iaitu kebolehjangkitan sesuatu virus meningkat dari 0.74 kepada 1.0 ketika ini.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu #Kementerian Kesihatan #kes positif #kesihatan #KKM #Kluster Benteng Lahad Datu #Kluster Tawar #Kluster Telaga #koronavirus #PDRM
;