128 buah IPT terima bekalan makanan sepanjang PKP, sumbangan kekal konsisten
Faris Danial Razi
April 9, 2020 22:18 MYT
April 9, 2020 22:18 MYT
Sebanyak 128 Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah menerima bekalan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Untuk itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad pada Khamis mengumumkan bahawa bekalan di kampus makanan masih mencukupi selepas mengadakan kunjungan ke Yayasan Food Bank Malaysia.
“Sebentar tadi saya ke Yayasan Food Bank Malaysia untuk melihat sendiri pengurusan penghantaran barang-barang keperluan ke universiti.
“Ini adalah kunjungan kedua saya, bagi menghantar sumbangan daripada badan-badan korporat dalam memastikan makanan mencukupi untuk diagihkan ke kampus-kampus.
Menurutnya, bantuan bekalan makanan kering tambahan tersebut mula diedar ke IPT-IPT termasuk di Universiti Awam, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sejak 21 Mac lalu.
Noraini dalam kenyataan Facebooknya turut mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang konsisten membantu dan beliau menyokong penuh usaha murni tersebut.
Dalam pada itu beliau memohon agar pelajar-pelajar sentiasa memaklumkan keberadaan masing-masing kepada pihak universiti bagi memudahkan proses bantuan disalurkan.
#bekalan makanan
#Datuk Dr Noraini Ahmad
#Institut Pengajian Tinggi IPT
#Menteri Pengajian Tinggi
#pelajar
#Yayasan Food Bank Malaysia