120 ribu ahli baru PPP bukti sokongan kepada BN
Astro Awani
Januari 1, 2013 07:47 MYT
Januari 1, 2013 07:47 MYT
Penyertaan 120 ribu ahli muda baru menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP) sejak 2008 membuktikan pertambahan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
Presiden PPP Datuk Seri M. Kayveas berkata angka itu sekaligus memberi impak kepada kekuatan komponen BN untuk memenangi pilihan raya umum ke 13.
“Pada 2008 kita ada 400 ribu lebih ahli, tapi selepas 2008 ahli kita sekarang sudah meningkat sampai 600 ribu ahli.”
Beliau berkata demikian selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru 2013 anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersama PPP di PWTC.
Tambahnya, berdasarkan reaksi semasa, BN berada di landasan terbaik dalam memenangi hati rakyat.
Berdasarkan faktor itu sokongan semua parti komponen akan memastikan BN mampu mencapai majoriti dua pertiga pada pilihanraya akan datang.