12 pelacur asing ditahan di Pulau Pinang
Bernama
Mei 22, 2017 16:41 MYT
Mei 22, 2017 16:41 MYT
Dua belas wanita rakyat asing yang menawarkan perkhidmatan seks ditahan dalam serbuan di dua hotel bertaraf empat bintang di George Town dan Bukit Mertajam malam tadi.
Mereka yang ditahan dalam operasi bermula pada pukul 8 malam itu terdiri daripada lima rakyat Thailand; empat wanita Vietnam; dua China dan seorang Indonesia berusia antara 20 dan 30 tahun.
Difahamkan aktiviti pelacuran itu dikawal oleh sindiket yang menawarkan perkhidmatan melalui aplikasi WeChat dan hanya pelanggan yang ditapis terlebih dahulu dibenar masuk ke hotel terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Zainol Samah berkata lima wanita di tahan di Bukit Mertajam dan tujuh lagi di George Town.
Katanya semasa serbuan, semua wanita itu berada di dalam bilik hotel masing-masing.
-- BERNAMA