12 pegawai polis dinaikkan pangkat dan bertukar ke Esscom

Bernama
April 11, 2013 06:35 MYT
Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman Datuk Abd Rashid Harun dilantik sebagai Komander Pasukan Keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berkuatkuasa esok.
SAC Abd Rashid, akan memangku pangkat DCP.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata Abd Rashid adalah antara 12 pegawai kanan polis yang diumum bertukar atau dinaikkan pangkat oleh Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.
Kesemua pertukaran dan kenaikan pangkat itu berkuatkuasa esok.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perlindungan Keselamatan (E6) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Nadzer Nordin pula dilantik ke jawatan Ketua Perisikan Bersama, Esscom juga dengan memangku jawatan DCP.
Lima pegawai kanan lain akan memangku pangkat SAC iaitu Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah ACP Kamarul Bahrin Mohamad yang dilantik sebagai Ketua Staff Briged PGA, Esscom; Timbalan Ketua Cawangan Khas (1) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah ACP Zulkifli Abdul Aziz dilantik sebagai Ketua Staff Perisikan PDRM, Esscom.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)(Risikan /Operasi) IPK Selangor ACP Rosli Mohd Isa dilantik Ketua Staff Siasatan Esscom; Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohammad Nasir Ramli ke jawatan Ketua Staff Pasukan Gerakan Khas (PGK) Esscom dan Komander Pasukan Polis Marin PDRM Wilayah Empat Sabah ACP Abdul Manaf Othman ke jawatan Ketua Staff Pasukan Gerakan Udara/Pasukan Polis Marin, Esscom.
Lima lagi pegawai akan memangku pangkat ACP iaitu Supt (D4) CIU Interim, JSJ Bukit Aman Supt Ahmad Taufek Abdullah dan memegang jawatan Timbalan Ketua Staff Siasatan i, Esscom; Supt Siasatan Pengubahan Wang Haram (1), Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman menjadi Timbalan Ketua Staff Siasatan ii, Esscom.
Jurutera i (Supt) Khidmat Kejuruteraan Pasukan Gerakan Udara, Bukit Aman, Supt Sulaiman Hussain dilantik sebagai Timbalan Ketua Staff Pasukan Gerakan Udara, Esscom; Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4, Sabah, Supt Wan Shazali Wan Abd Rahman dilantik sebagai Timbalan Ketua Staff Pasukan Polis Marin, Esscom.
Penolong Komander UTK (OPS), UTK Jabatan KDN/KA, Bukit Aman Supt Hazani Ghazali pula akan memegang jawatan Timbalan Ketua Staff PGK, Esscom.
#Bukit Aman #ESSCom #polis #Sabah