12 PATI Myanmar dicekup dalam kebun getah
Adie Sufian Zulkefli
Januari 14, 2021 14:40 MYT
Januari 14, 2021 14:40 MYT
KUBANG PASU : Percubaan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk pulang ke negara asal mereka melalui laluan tikus di sempadan Malaysia-Thailand secara haram gagal apabila mereka dicekup polis, pagi Khamis.
Kesemua warga Myanmar itu berusia 18 hingga 35 tahun yang terdiri dari sembilan lelaki dan tiga wanita itu ditahan pada jam 9 pagi oleh anggota dan pegawai Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di kebun getah Felda Bukit Tangga.
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, kesemua mereka ditahan ketika sedang berjalan kaki menuju ke kebun getah di kampung berkenaan.
Kumpulan PATI itu dipercayai masuk ke negara ini melalui sindiket tidak bertanggungjawab dengan menggunakan pengangkutan kereta dan menjadikan kawasan kebun getah berkenaan sebagai tempat transit sementara.
Hasil siasatan PATI terbabit mengaku membayar RM2,900 setiap seorang kepada sindiket warga asing yang berpangkalan di Sitiawan, Perak.
Kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen mengenalan diri yang sah.
Kesemua mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
Polis meningkatkan kawalan di sempadan terutama dalam membendung penularan COVID-19 ke negara ini.