12 lagi kes baharu Kluster Sivagangga dikesan, ini 5 perkara penting kenyataan media KKM
Isabelle Leong
Ogos 7, 2020 17:46 MYT
Ogos 7, 2020 17:46 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 25 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan pada Jumaat, termasuk 16 kes jangkitan tempatan.
Berikut merupakan lima perkara yang anda perlu tahu dalam kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
1. Malaysia mencatatkan 25 kes baharu, menjadikan kes kumulatif kes sebanyak 9,063 kes.
2. Daripada jumlah baharu, sembilan kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan lapan warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara. Sembilan lagi pula merupakan kes import dari luar negara.
3. 15 kes telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan kumulatif kes yang yang pulih sepenuhnya sebanyak 8,728 kes atau 96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
4. Tiada kes kematian dicatatkan. Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 125 kes iaitu 1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
5. Daripada 25 kes baharu, 12 kes Daripada 16 kes, 12 kes baharu adalah dari Kluster PUI Sivagangga di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kematian
#Kementerian Kesihatan
#kes baharu
#KKM
#Kluster PUI Sivagangga
#Pulih