119 operasi sanitasi, ini 5 perkara penting penyataan media Ismail Sabri pada Selasa

Astro Awani
Mei 11, 2021 19:49 MYT
Ismail berkata, operasi sanitasi melibatkan 750 anggota JBPM dan 132 PBT serta 137 buah jentera JBPM. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 119 operasi sanitasi dilakukan meliputi 44 zon merah, enam zon jingga dan 10 zon kuning di seluruh negara pada Isnin.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan 750 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 132 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 137 buah jentera JBPM.
Berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Selasa;
1) Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga Perkampungan dalam Mukim Tras, Raub, Pahang pada 13 sehingga 26 Mei 2021
2) PKPD juga akan dilaksanakan di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat 3, Mukim Pelagat, Besut, Terengganu pada 14 sehingga 27 Mei dan MRSM Pengkalan Hulu, Hulu Perak, Perak pada13 sehingga 26 Mei 2021.
3) Pelanjutan PKPD lima penempatan sekitar Sg. Klau, Raub, Pahang akan dijalankan bermula 13 Mei sehingga 26 Mei 2021
4) Kerajaan mengumumkan penamatan PKPD dua penempatan sekitar Sungai Chalit, Raub, Pahang pada 12 Mei 2021 seperti yang dijadualkan dan di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan pada 11 Mei 2021, lebih awal daripada yang dijadualkan.
5) 475 lagi individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) pada Isnin.
#SOP #Besut #JBPM #bomba #PKPD #operasi #kerajaan #ismail sabri yaakob #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #perintah kawalan pergerakan #PKP
;