11 terbunuh dalam insiden paip gas meletup di China
Fareez Azman
Jun 13, 2021 14:52 MYT
Jun 13, 2021 14:52 MYT
KUALA LUMPUR: Sekurang kurangnya 11 individu terbunuh dalam kejadian letupan paip gas di China pada Ahad.
Laporan CNN yang memetik jurucakap pihak berkuasa tempatan berkata, kejadian itu berlaku di bandar Shiyan Wilayah Hubei sekitar pukul jam 6.30 pagi waktu tempatan.
Sementara itu, pasukan penyelamat juga dilaporkan berjaya membawa keluar 100 orang lain daripada runtuhan bangunan berhampiran lokasi letupan.
Daripada jumlah itu, 37 orang dilaporkan cedera parah selain sejumlah mangsa lain dipercayai terperangkap dalam runtuhan terbabit.
Kerja-kerja menyelamat masih dijalankan pasukan keselamatan ketika ini dan punca letupan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
#China
#letupan
#gas
#mangsa
#runtuhan
#terperangkap
#Wilayah Hubei
#Bandar Shiyan
#kerja menyelamat