11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016

Azyyati Ahmad, Wan Syamsul Amly
Januari 28, 2016 14:19 MYT
Najib menyentuh tentang langkah-langkah penambahbaikan Bajet 2016 di PICC, Putrajaya hari ini. - Gambar fail
Dalam pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini, beliau mengumumkan tentang 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian.
Sebagai lanjutan daripada pembentangan bajet sebelum ini, langkah tersebut adalah demi memastikan ekonomi dan kewangan negara berada pada jajaran yang betul.
Najib berkata, ia berpaksikan kepada dua tunjang yang memfokuskan kepada menjaga dan memelihara kebajikan serta kesejahteraan hidup rakyat.
Antara intipati yang mendapat perhatian umum adalah mengenai pelepasan khas cukai RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015 dan pengurangan potongan KWSP sebanyak tiga peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017.
BACA: Teks ucapan penuh Perdana Menteri tentang Pengubahsuaian Bajet 2016
Video ucapan penuh Perdana Menteri tentang Pengubahsuaian Bajet 2016
Pemotongan itu, menurut beliau, dijangka meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta sehingga RM8 bilion setahun.
Selain itu, Najib juga ada menyebut mengenai penguatkuasaan serta-merta penjualan rumah berharga hingga RM300,000 yang terhad kepada pembeli rumah pertama.
Turut diumumkan adalah jaminan bahawa Kerajaan tidak akan menghentikan mana-mana penjawat awam termasuk lantikan kontrak, pelaksanaan satu kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam pada 1 Julai, dan keputusan Kerajaan yang tidak akan melaksanakan tambatan Ringgit.
Berikut pula adalah beberapa pengumuman penting lain yang termasuk dalam langkah penstrukturan tersebut:
- Bagi projek Perumahan Rakyat berharga RM35 ribu, kerajaan menerusi BSN dan Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan pada kadar 4 peratus yang memberi manfaat kepada lebih 10 ribu pemilik rumah.
- Sumbangan 30 peratus daripada levi HRDF akan disediakan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang diberhentikan.
- Menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap pengelak cukai.
- Kerajaan mahu lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya dalam bekalan dan perkhidmatan menerusi usaha merasionalisasi pemberian geran.
- Institusi kewangan pembangunan dan dana modal teroka milik kerajaan akan menambah dana RM6 bilion dalam penyediaan pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan.
Untuk maklumat lanjut, saksikan pautan video di bawah ini:
Berikut pula adalah lima perkara utama yang merumuskan pembentangan pada hari ini:
BACA: Pengubahsuaian Bajet 2016: Jaminan pendidikan tidak akan terjejas
#Bajet 2016 #Najib Razak #pengubahsuaian
;