11 kluster baharu, ini lima perkara penting kenyataan media KKM pada Selasa
Astro Awani
April 27, 2021 18:34 MYT
April 27, 2021 18:34 MYT
KUALA LUMPUR: Sejumlah 11 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan empat kluster berkaitan pendidikan, tiga kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua kluster ditamatkan pemantauan hari ini menjadikan jumlah kluster tamat sebanyak 1,247.
Berikut lima perkara penting kenyataan media KKM pada Selasa;
1) Sebanyak 2,733 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 398,451 kes.
2) Selangor mencatat angka tertinggi dengan 750 kes diikuti Kelantan (484) dan Sarawak (432) kes.
3) Sebanyak 2,019 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 371,575 kes.
4) Keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 25,414.
5) Negara mencatatkan tambahan 13 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,436.