11% kertas kerja pelajar ditulis dengan bantuan AI - Turnitin
Amanz
April 15, 2024 11:40 MYT
April 15, 2024 11:40 MYT
ADAKAH kecerdasan buatan (AI) akan menghasilkan generasi pelajar yang malas? Ini ialah kerisauan dalam kalangan tenaga pengajar dan ahli akademik selepas ChatGPT dilancarkan dua tahun lalu.
Turnitin, perisian yang digunakan oleh pensyarah serta guru telah mengeluarkan laporan yang mendapati 11% kertas kerja pelajar kini ditulis dengan bantuan AI.
Laporan diterbitkan selepas menganalisis lebih 200 kertas kerja yang disemak oleh ciri mengesan penulisan AI oleh Turnitin.
Daripada sampel ini, 22 juta (11%) sekurang-kurangnya mengandungi 20% kandungan kertas kerja yang ditulis oleh AI.
Sementara itu sebanyak 6 juta (3%) pula sekurang-kurangnya mengandungi 80% kandungan kertas kerja yang ditulis oleh AI.
Majoriti kertas kerja pada ketika ini masih lagi ditulis sendiri oleh pelajar. Kerisauan ahli akademik nampaknya masih belum menjadi kenyataan.
Dari pengamatan kami, AI masih belum mampu menulis sebaik manusia. Tetapi di masa hadapan dengan model yang lebih terkini, ia mungkin meningkat dan sukar untuk dikesan. -Amanz