11 daerah di Semenanjung Malaysia kembali jadi zon hijau - Dr Noor Hisham

Umavathi Ramayah
Mac 19, 2021 18:37 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, taburan kes COVID-19 mengikut daerah dalam tempoh 14 hari turut menyaksikan 11 daerah di Semenanjung Malaysia kembali ke zon hijau. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Kawalan penularan COVID-19 dalam negara semakin baik dengan kes harian baharu kekal di bawah angka 2,000 sejak lebih seminggu lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, taburan kes COVID-19 mengikut daerah dalam tempoh 14 hari sehingga hari ini turut menyaksikan 11 daerah di Semenanjung Malaysia kembali ke zon hijau.
Katanya, antara daerah itu adalah Hulu Perak dan Kampar di Perak; Kubang Pasu, Padang Terap dan Yan di Kedah serta Gua Musang di Kelantan.
Antara daerah lain adalah Hulu Terengganu (Terengganu); Raub dan Cameron Highlands (Pahang) serta Jelebu dan Jempoh (Negeri Sembilan).
"Sila patuhi segala prosedur operasi standard (SOP).
"Kita perlukan tahap disiplin yang tinggi untuk memutuskan jangkitan COVID-19 dalam negara kita," katanya dalam Twitter beliau di sini, pada Jumaat.

Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia dari 4hb March hingga 19hb March 2021. 11 daerah di semenanjung telah kembali ke zon hijau. Sila patuhi segala SOP. Kita perlukan tahap disiplin yang tinggi untuk memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita pic.twitter.com/vTXJv3HSqX

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#zon hijau #Semenanjung Malaysia #Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #COVID-19 #penularan #semakin baik #kawalan semakin baik
;