108 operasi sanitasi, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Astro Awani
April 22, 2021 18:37 MYT
Sanitasi pada Rabu melibatkan 535 anggota JBPM dan 112 PBT serta 102 buah jentera JBPM. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 108 operasi sanitasi dilakukan meliputi 33 zon merah, zon jingga (tujuh), zon kuning (12) dan zon hijau (tiga) di seluruh negara pada Rabu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, ia melibatkan 535 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 112 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 102 buah jentera JBPM.
Berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Khamis;
1) Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru, Johor dan Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021.
2) Penamatan PKPD di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Taman Permata dan Taman Seri Labuk, Sandakan dan Kampung Gayang, Tuaran, Sabah serta di Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi, Rompin, Pahang.
3) 200 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).
4) Operasi BENTENG telah menangkap enam orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sembilan buah kenderaan darat.
5) Seramai 678 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
#SOP #bomba #PKPD #pati #operasi #JBPM #sekolah #tumpuan utama #ismail sabri yaakob #PKP
;