104 rakyat Malaysia selamat tiba di TUDM Subang

Sathesh Raj
April 28, 2015 17:01 MYT
Antara bangunan yang runtuh kesan akibat gempa bumi yang melanda Nepal pada Sabtu lalu - Foto AFP
Seramai 104 rakyat Malaysia yang terkandas di Nepal akibat gempa bumi yang melanda negara itu selamat tiba di Lapangan Terbang TUDM Subang sekitar pukul 12.30 tengah malam tadi.
Pesawat Charlie 130 milik TUDM itu turut membawa 16 anak kapal.
Jurucakap rasmi Kementerian Pertahanan mengesahkan daripada 104 penumpang merupakan dua bayi.
Nepal dilanda gempa bumi berskala 7.9 magnitud pada Sabtu lalu yang sehingga hari ini mengorbankan lebih 5,000 nyawa.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Nepal #TUDM