100 rumah di Sik terjejas akibat dibadai ribut

Adie Sufian Zulkefli
September 19, 2024 11:40 MYT
Hujan lebat berserta angin kuat yang melanda pada Rabu mengakibatkan 100 rumah di sini rosak akibat dibadai ribut. -Foto APM SIK
SIK: Hujan lebat berserta angin kuat yang melanda pada Rabu mengakibatkan 100 rumah di sini rosak akibat dibadai ribut.

Ringkasan AI
  • Ribut dan hujan lebat menyebabkan 100 rumah rosak di Sik, dengan 73 kes di Mukim Sik dan 27 kes di Mukim Jeneri.
  • Hujan sejak 15 September dan angin kencang menyebabkan 100 kes pokok tumbang yang direkodkan oleh Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik.
  • Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada sehingga 21 September, dan orang awam diminta berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling.

Kejadian ribut itu membabitkan dua mukim iaitu 73 kes di Sik dan 27 kes di Jeneri.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, hujan sejak 15 September lalu menyumbang berlakunya pokok tumbang susulan struktur tanah lemah dan ditambah pula angin kencang semalam.
“Sehingga jam 10 pagi hari ini, Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik merekodkan kejadian pokok tumbang sebanyak 100 kes sehingga pagi ini.
"Dengan kerjasama pelbagai agensi penyelamat seperti APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sik, dan orang awam serta badan bukan kerajaan (NGO), Khidmat Malaysia Kawasan Sik berjaya menyelesaikan sebahagian besar kes yang diterima.
"Susulan ramalan cuaca waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sehingga 21 September ini, orang awam diminta berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Haisul Aishah berkata, orang awam di Daerah Sik boleh menghubungi APM Sik di talian 0108177991 atau talian kecemasan MERS 999.
#hujan lebat #MetMalaysia #Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik #amaran cuaca waspada
;