100.8km sejam direkod, ekor Taufan Lekima punca ribut di utara Semenanjung - MetMalaysia
Fareez Azman
Ogos 9, 2019 23:09 MYT
Ogos 9, 2019 23:09 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kejadian ribut di beberapa negeri utara tanah air disebabkan ekor Taufan Lekima yang membadai timur negara China.
Ketua Pengarahnya Jailan Simon, ketika dihubungi Astro AWANI, berkata garis badai itu berlaku akibat tumpuan angin di selatan Thailand yang turut menerima kesan sama.
"Apa yang berlaku sebenarnya adalah kita panggil garis badai adalah garisan ribut petir akibat tumpuan angin barat daya dan barat laut di tengah laut berpunca ribut tropika berlaku di timur China.
"Di selatan Thailand berlaku tumpuan angin menyebabkan garis badai ini. Ia bergerak daripada barat laut ke arah tenggara dan mengenai beberapa kawasan di Kedah dan Langkawi.
"Kelajuan yang dicatatkan setakat ini 28 meter per saat bersamaan 100.8 kilometer sejam. Bagaimanapun gelombang kedua bergantung kepada kedudukan taufan. Ketika ini MetMalaysia tidak menjangka gelombang kedua kerana kebiasaannya ia berlaku sekali sahaja," jelasnya
Kejadian kira kira jam 8 malam Jumaat itu membadai beberapa kawasan antaranya di Langkawi, Alor Setar Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Video kejadian ribut itu turut tular di laman sosial yang dikongsikan orang ramai di tempat kejadian.
#Alor Setar
#Astro Awani
#China
#Ekor Taufan
#gelombang kedua
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Kedah
#kelajuan
#Langkawi
#MET
#Perlis
#ribut
#Taufan Lekima
#Thailand
#Utara