10 varian Delta dikesan dalam tempoh seminggu - Dr Noor Hisham

Bernama
Julai 28, 2021 21:34 MYT
Hasil kajian berterusan oleh IMR mendapati sebanyak 10 kes varian Delta (B.1.617.2) COVID-19 dikesan dari 22 Julai hingga hari ini.
KUALA LUMPUR: Hasil kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati sebanyak 10 kes varian Delta (B.1.617.2) COVID-19 dikesan dari 22 Julai hingga hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu menjadikan kumulatif kes dijangkiti oleh virus COVID-19 yang dikategorikan sebagai varian yang membimbangkan (VOC) dan varian yang perlu diberi perhatian (VOI) ialah sebanyak 439 kes.
"Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 419 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.
BACA: COVID-19: 17,405 kes baharu, tertinggi sejak pandemik bermula
"Secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 199 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
#COVID-19 #IMR #nstitut Penyelidikan Perubatan #KKM #varian baharu #Varian Delta #VOI #VOC #Dr Noor Hisham Abdullah
;