10 rumah peneroka rosak dilanda ribut
Muhafandi Muhamad
Ogos 19, 2017 09:37 MYT
Ogos 19, 2017 09:37 MYT
Sebanyak 10 buah rumah peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Renok Baru B, di sini rosak apabila dilanda ribut dalam satu kejadian semalam.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, dua daripada rumah berkenaan tercabut bumbung serta harta benda rosak akibat terkena hujan.
Kebanyakan peneroka ketika itu sedang berehat di halaman rumah mereka apabila tiba-tiba hujan turun serta angin bertiup kencang sehingga menerbangkan bumbung rumah mereka.
Kejadian ribut itu dipercayai merupakan yang pertama kali berlaku di kampung tersebut dalam tempoh 30 tahun.