10 premis perniagaan di Cameron Highlands musnah terbakar

Noraniza Kamsani
Mac 26, 2018 09:27 MYT
Sebanyak 10 premis perniagaan di Sungai Burung, Cameron Highlands hangus dijilat api dalam satu kebakaran lewat malam Ahad. -Foto ihsan JBPM
Sebanyak 10 premis perniagaan di Sungai Burung, Cameron Highlands hangus dijilat api dalam satu kebakaran lewat malam tadi.
Kejadian yang berlaku di kawasan tumpuan ramai sekitar jam 10 malam itu turut melibatkan kedai-kedai cenderamata dan sayuran serta sebuah muzium mini.
Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Sani Harul bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tiada penghuni berada di dalam bangunan kayu itu sewaktu kejadian.
"Kami menerima panggilan sekitar 10.16 malam mengenai kebakaran daripada orang awam dan mengerahkan seramai 23 pegawai dan anggota bomba ke tempat kejadian, katanya di sini, hari ini.
Katanya, pihak bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengawal kebakaran dan mengelakkan api daripada merebak.
"Mujur tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Buat masa ini, kerugian insiden berkenaan masih dalam siasatan dan kerja-kerja siasatan mengenai punca kebakaran masih dilakukan," katanya.
Katanya lagi, berikutan tindakan pantas daripada pihak bomba, sebanyak enam buah kedai lain yang berada dalam kawasan perniagaan itu berjaya diselamatkan.
#Cameron Highlands #hangus #kebakaran #Mohd Sani Harul #muzium mini #Premis perniagaan #Sungai Burung
;