10 pesan Syed Saddiq kepada calon SPM 2016
Syafique Shuib
Mac 16, 2017 08:17 MYT
Mac 16, 2017 08:17 MYT
Tidak kira keputusan apa yang diterima, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq menyeru calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang akan mengambil keputusan mereka hari ini untuk terus berusaha.
“Keputusan SPM mencerminkan usaha keras anda selama ini.
“Kalau bagus, Alhamdulilah. Kalau tidak bagus, teruskan berusaha.
Selain itu, Syed Saddiq terus mendedahkan bahawa ketika di sebuah sekolah agama, seorang 'ustazah' menjangkakan beliau akan menjadi seorang 'penagih dadah'.
“Ia amat menyakitkan. Saya menangis tetapi saya berusaha keras semata-mata untuk membuktikan beliau salah.
"Sebagai seorang pelajar yang pernah dijangka akan menjadi seorang 'penangih dadah'... saya rasakan kehidupan saya okay sekarang ini," kata Syed Saddiq di Twitter.
Beliau turut berpesan kepada para calon untuk terus berusaha jika mahu perubahan dalam kehidupan mereka dan sentiasa menghormati ibu bapa dan orang tua.
Berikut adalah 10 perkongsian Syed Saddiq di Twitter kepada calon-calon SPM 2016.