10 ditahan bersama daun ketum

Sinar Harian
November 8, 2018 10:43 MYT
Suspek yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah sewa - Sinar Harian
Sembilan warganegara Thailand dan seorang warga tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dan memproses daun ketum, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, serbuan dilakukan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuala Pilah jam 10.15 pagi di sebuah taman perumahan di sini.
"Pemeriksaan lanjut menemukan dua bungkus plastik lut sinar dan satu botol lut sinar mengandungi cecair disyaki air ketum.
"Satu beg plastik merah yang mengandungi daun hijau disyaki ketum dan satu botol plastik lut sinar di dalamnya mengandungi cecair disyaki kodein. Sebahagian barangan memproses air dan daun ketum yang dirampas polis dalam serbuan tersebut.
"Kesemua suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum Seksyen 30(5) akta sama memperuntuk denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya jika salah," katanya.
Manakala Haslah berkata, hasil siasatan mendapati bekalan daun ketum diperoleh daripada seorang lelaki yang datang ke rumah sewa mereka.
"Suspek akan memasak daun ketum tersebut di rumah sewanya dan diminum bersama-sama rakannya.
"Bagaimanapun ujian air kencing dapati negatif dan kesemua suspek tiada rekod jenayah lampau," katanya.
#Haslah Bachok #jenayah #Kuala Pilah #polis #siasatan
;