10 bintang bola sepak dunia bakal beraksi dalam Perlawanan Amal Pilihan JDT

Hasimi Muhamad
Jun 6, 2019 10:30 MYT
TMJ: Sesi bersama penyokong untuk bagi mendapatkan autograf dan bergambar turut diadakan.
Berita gembira buat peminat bola sepak!
Anda bakal menyaksikan satu perlawanan amal bola sepak yang akan berlangsung di Larkin pada 30 Jun ini.
Perkara itu dimaklumkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook dan Twitter rasmi beliau, pada Khamis.
Menurut Tunku Ismail, Perlawanan Amal 'All-Star’ antara ‘Rest of the World XI’ dan Pilihan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menampilkan lebih 10 bekas pemain bola sepak terkemuka dari seluruh dunia.

Saya teruja untuk memaklumkan bahawa Perlawanan Amal 'All-Star antara Rest of the World XI dan Pilihan JDT akan berlangsung di Larkin pada 30 Jun 2019. (1/3)https://t.co/Azrc4Wj5hg pic.twitter.com/2bhU8mmOWC

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) June 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bintang bola sepak itu termasuklah lagenda Portugal, Luis Figo, bekas pemain kebangsaan Brazil, Roberto Carlos dan Bebeto, bekas penyerang Argentina, Claudio Caniggia, bekas pemain bola sepak Itali, Marco Materazzi serta bekas pemain sayap Arsenal, Robert Pires.
“Sesi bersama penyokong untuk bagi mendapatkan autograf dan bergambar turut diadakan.
“Semua hasil kutipan akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women's Aid Organisation,” demikian menurut Tunku Ismail.
#Argentina #bola sepak #Brazil #Facebook #JDT #Malaysia #TMJ #Tunku Ismail #Tunku Ismail Sultan Ibrahim
;