10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Farhana Joni
September 3, 2020 22:59 MYT
10 berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis 3 September 2020.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 3 September 2020.
1. "Sejujurnya saya sangat sedih dan kecewa" - Veveonah
Demikian luah pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin berhubung dakwaan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Dewan Negara pada Khamis.
2. Timbalan menteri minta maaf dakwa Veveonah palsukan kisah duduki peperiksaan atas pokok
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, meminta maaf kepada Veveonah Mosibin, selepas mendakwa isu dibangkitkan pelajar terbabit dalam YouTube adalah palsu dan sekadar untuk menaikkan nama sendiri.
3. Dengan sekali lafaz Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar sebentar tadi.
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Mira Filzah, Ir Badioezaman Ab Khalik dalam satu majlis yang diadakan di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara di sini.
4. Kejatuhan harga minyak dunia beri kesan kepada semua pihak - Pakar Ekonomi
Menurut Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pelbagai langkah telah diambil oleh pemain industri seperti syarikat minyak dan gas negara, Petronas terutama dalam menyemak semula perbelanjaan modal ketika ini.
5. Vaksin COVID-19 jadi alat timbal balik, jejas kedaulatan negara
Itu kekhuatiran yang disuarakan Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani yang melihat potensi berlakunya timbal balik dalam 'diplomasi vaksin' tersebut.
6. Kedai serbaneka Ebit Lew dipecah masuk, kerugian lebih RM4,000
Di sebalik ujian kedainya dipecah masuk sehingga menyebabkan kerugian lebih RM4,000, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew menerimanya dengan lapang dada.
Sekalipun sayu dengan kejadian itu, Ustaz Ebit percaya ada rahmat di sebalik semua itu.
7. Pejuang untuk selesaikan masalah orang Melayu - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keahlian parti baharu yang diasaskannya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), hanya dibuka untuk orang Melayu dan ia bermatlamat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang masih membelenggu kaum itu termasuklah kemiskinan.
8. Tiga wanita tempatan dipanggil bantu siasatan kes conteng mural pemimpin negara
Polis telah memanggil tiga wanita tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes conteng mural pemimpin negara.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kesemua wanita berusia diantara 25 hingga 35 tahun itu dipanggil tiga minggu lalu.
9. 20 tahun terkurung, bekas banduan Al-Ma'unah kekok dengan dunia luar
Tersesat ke kampung lain, tidak pandai menggunakan telefon pintar, itu pengalaman baharu dilalui bekas banduan kumpulan Al-Ma'unah tatkala melangkah keluar dari tirai besi pada 17 Ogos lepas, setelah mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Kebangsaan ke-63.
10. Rakyat negara dengan lebih 150,000 kes positif COVID-19 dilarang masuk Malaysia - Ismail Sabri
Kerajaan menetapkan warga asing dari negara yang merekodkan lebih 150,000 kes positif COVID-19 tidak akan dibenarkan memasuki Malaysia.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara rakyat negara asing yang disekat masuk adalah dari Amerika Syarikat, Brazil, Perancis, Arab Saudi dan Itali.
#Al-Ma'unah #COVID-19 #Ebit Lew #ismail sabri yaakob #KKMM #minyak #Mural #Pejuang #Sabah #tempatan #Tun Dr Mahathir Mohamad #UMS #vaksin #Veveonah Mosibin #YouTube
;